Khamis, 15 Julai 2010

latar belakang usahawan

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


latar belakang Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

-
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000
pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas
tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1
juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat
Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana
sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan
sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras
kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke
surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar
yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja
seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak
bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa
lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;
banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.
Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam
saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh
menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi
tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali
kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta
orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah
jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka
(bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.
Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar
dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan
kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.
Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York
dan London. Saya pun suka pakai baju elok.... Tapi kita hendak bermewah
setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12.
Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.
Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.